20 April, 2014

SAKMONGKOL AK47: Re-thinking the PKR Elections

http://helangjagat.blogspot.com/2014/04/pemilihan-pkr-antara-azmin-khalid-dan.html

27 July, 2011

Penghantaran Laporan Kajian Tindakan 2011

Salam.

Tahniah kami ucapkan kepada guru-guru yang telah menghasilkan proposal dan walaupun berhadapan dengan kekangan-kekangan tertentu tetapi masih sanggup menyiapkan kajian dan seterusnya menyiapkan pendokumentasiannya.

Maaf kerana admin agak terlewat untuk mengupdate blog ini terutama memberi panduan dalam proses pendokumentasian kajian. Namun, mengingatkan hampir setiap sekolah sama ada sekolah rendah mahu pun sekolah rendah telah ada guru-guru yang telah mendapat pendedahan tentang Kajian Tindakan, pengkaji KT seharusnya dapat meminta bantuan guru-guru tersebut dalam usaha menyiapkan pendokumentasian kajian mereka.

Posting kali admin menyediakan contoh laporan kajian yang terdiri daripada abstrak, laporan, isi kandungan dan kulit depan laporan. Contoh cara menulis abstrak kajian juga ada disertakan. Contoh-contoh dapat guru-guru download pada seksyen download blog ini.

Seboleh-bolehnya, untuk memudahkan admin menyemak, mencetak, dan menyusun setiap laporan yang guru-guru emailkan kepada admin, hendaklah laporan dipecahkan kepada tiga fail:

a)   Fail 1: Kulit dan isi kandungan
b)   Fail 2: Abstraks
c)   Fail 3:  Laporan dan lampiran (sekiranya ada)

Maaf juga dipohon kerana banyak guru yang emailkan proposal kepada admin kerana admin tidak berkesempatan untuk reply email guru-guru sebagai tanda terima.

InsyakAllah, jika berkesempatan, admin akan cuba untuk menyenaraikan nama guru-guru yang telah menghantar proposal dan juga yang telah mengemail laporan kepada admin. Senarai tersebut akan kami gunakan untuk mengepos sijil-sijil penghargaan kepada guru-guru yang bersusah payah menyiapkan kajiannya.

Akhirnya, admin telah pun mulai menerima laporan-laporan kajian melalui email. Admin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengkaji-pengkaji yang telah mengemail laporan kajian mereka. Mengikut Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan 2011, laporan-laporan yang telah siap perlu diemail selewat-lewatnya pada 25 Julai 2011. Namun begitu, kepada pengkaji-pengkaji yang masih dalam proses menyiapkan kajian, bolehlah mengemail laporan yang telah siap selewat-lewatnya pada 19 Ogos 2011 (khamis).

Jika ada apa-apa kemusykilan, guru-guru terlibat bolehlah menghubungi fasilitator dan admin sendiri.

Sekian dan harap maklum.

Admin.
(0194313007)

25 May, 2011

Cikgu Hartini Hassan,Sila Hubungi Admin

Salam.

Email dan proposal cikgu Hartini, SK Tualang,  telah kami terima, namun ada beberapa perkara yang perlu perbincangan lanjut.

Sekiranya cikgu Hartini akses blog ini, diminta cikgu hubungi admin.

Wassalam.

Mula Menerima Proposal

Salam dan selamat bersua semula.

Terima kasih kepada pengamal-pengamal KT yang sentiasa bersedia berhadapan dengan cabaran dalam bidang pendidikan, Alhamdulillah, kami mula menerima proposal daripada guru-guru yang akan menjalankan kajian di sekolah masing-masing. Terima kasih daun keladi.

Kepada guru-guru yang telah dipilih oleh pihak sekolah untuk melaksanakan KT di sekolah masing, cikgu-cikgu boleh menghantar / email proposal kepada admin bila2 masa.

Sama ada guru sekalian telah menghantar proposal atau belum, cikgu-cikgu sekarang perlu memasuki fasa seterusnya iaitu melaksanakan kajian di sekolah masing-masing.Ini bermaksud cikgu-cikgu perlu melaksanakan langkah-langkah atau tindakan yang cikgu rancang dalam proposal cikgu-cikgu yang cikgu yakin dapat mengatasi permasalahan / fokus kajian cikgu-cikgu.

Perlu cikgu-cikgu maklum bahawa kemungkinan langkah-langkah yang dirancang untuk dilaksanakan tetapi apabila dilaksanakan dalam keadaan sebenar, tidak dapat mengatasi masalah tersebut, dan cikgu rasa langkah itu perlu diubah suai atau digantikan dengan langkah lain, cikgu boleh berbuat demikian. Inilah keistimewaan KT yang tiada dalam kajian saintifik.

Kami berharap fokus yang cikgu pilih adalah fokus yang kecil, yang tempoh pelaksanaannya dalam kelas tidak melebihi dua bulan.

Oleh sebab blog ini dikendalikan secara suka rela maka blog ini tidak dapat diupdate secara berkala. Namun begitu, kami / admin akan cuba untuk update dengan memasukkan bahan panduan untuk melaksanakan kajian dan contoh dokumentasi kajian tindakan.

Jika ada kemusykilan, cikgu-cikgu boleh menghubungi fasilitator yang tersenarai dalam blog tersebut,

Sekian. Wasallam.

Simpang 4, AS

23 May, 2011

SELAMAT BERSAMA KEMBALI

Salam.

Selamat datang, selamat menjenguk dan salam pertemuan kembali.

Pertama, diucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah terpilih untuk melaksanakan KT di sekolah masing-masing. Percayalah, anda dipilih bukan kerana untuk menyusahkan atau secara sengaja "mengena' anda, tetapi hakikatnya pihak pengurusan sekolah yakin bahawa anda seorang pendidik yang berkebolehan dan berdedikasi.

Kedua, KT bukan perkara baru atau ilmu baru yang terasing dalam bidang pendidikan. Kalau diimbas KT adalah sebahagian daripada kurikulum di IPG atau IPT tempat kita menimba ilmu.

Ketiga, banyak yang menganggap KT adalah satu kajian yang berat dan penuh dengan analisis data. Sebenarnya KT direka sedemikian rupa agar serasi dengan bidang pendidikan. Analisisnya tidak rumit, tetapi hasilnya mampu mengatasi sesuatu permasalahan dalam amalan pedagogi dan seumpamanya.

Keempat, saya percaya, pada mulanya anda akan berasa amat sukar. Rasa sukar ini sebenarnya adalah halangan psiche terhadap istilah atau kata yang berkait dengan "kajian". Namun, sebaik anda memasuki wilayahnya atau memulakan kajian, saya yakin anda akan jatuh cinta kepadanya. Tanggapan awal bahawa KT itu sukar sebenarnya SALAH.

Kelima, tanpa admin sedari link-link yang ada untuk didownload telah pun "expired". Terima kasih kepada Cikgu Nurul Husna, SMK Seri Ampang yang memperingatkan saya bahawa link-link itu telah tamat tempohnya. InsyakAllah, akan admin tambah link-link itu dari semasa ke semasa. Pautan-pautan yang ada itu telah pun admin update.

Akhirnya, saya bagi pihak PPD Kota Setar mengalu-alukan cikgu-cikgu kerana sudi menjadi sebahagian daripada komuniti pengamal KT.

p.s; posting akan datang, akan diupdate nama guru-guru yang telah menghantar proposal, dan sekiranya masa terluang, admin akan cuba publish proposal yang sesuai untuk panduan rakan-rakan pengkaji yang lain.

Simpang 4, AS.

17 July, 2010

Fasilitator Yang Dapat Dihubungi

Salam.

Jika cikgu-cikgu mempunyai masalah atau kemusykilan tentang cara mendokumentasikan atau menulis laporan kajian cikgu-cikgu, cikgu-cikgu bolehlah hubungi fasilitator di bawah:

i)   Raudzah Abdullah, 0134514057
ii)  Elina Tan Shariff Tan, 0195785256
iii)  Norila Ismail, 0194570648
iv)  Ruzelan Ismail, 0194313007

Sekian. Wassalam

PENTING: Pelaksanaan Program Satu Sekolah Satu Kajian Tindakan Bagi Negeri Kedah Darul Aman

Salam.

Selamat berjumpa kembali buat penggemar KT dan pengamal KT.

Bagi PPD Kota Setar, pihak Panitia Kajian Tindakan telah pun melaksanakan program seperti di atas. Bagi sekolah-sekolah yang respons dan mengambil bahagian dalam program ini, jika cikgu-cikgu rujuk semula jadual pelaksanaan KT 2010, sepatutnya kajian cikgu-cikgu telah pun selesai, dan mungkin terdapat sebahagiannya hanya pada peringkat menulis laporan.

Merujuk kepada tajuk posting ini, program yang kami nyatakan di atas adalah program daripada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, yang diurus melalui Sektor Pengurusan Akademik. Saya percaya, semua sekolah telah pun mengambil maklum surat tersebut. Surat ini akan saya sertakan di bawah.

Bagi sekolah-sekolah yang menyertai program KT PPD Kota Setar, pihak sekolah yang terlibat tidak perlu meminta guru yang lain untuk membuat kajian, memadai kajian yang dibuat oleh guru-guru yang menyertai program peringkat PPD. Guru-guru ini hanya perlu menyelesaikan kajian mereka dan mendokumentasikan dan hantar 1 salinan untuk PPD dan 1 salinan untuk JPN.

Insyak Allah, dalam masa terdekat ini kami akan publishkan contoh satu kajian yang lengkap sebagai panduan untuk cikgu-cikgu mendokumentasikan kajian cikgu.

Sebagai panduan awal bagi cikgu-cikgu menulis laporan atau mendokumentasikan kajian, di bawah saya sertakan panduan berikut:

Sekian. Wassalam.