23 May, 2011

SELAMAT BERSAMA KEMBALI

Salam.

Selamat datang, selamat menjenguk dan salam pertemuan kembali.

Pertama, diucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah terpilih untuk melaksanakan KT di sekolah masing-masing. Percayalah, anda dipilih bukan kerana untuk menyusahkan atau secara sengaja "mengena' anda, tetapi hakikatnya pihak pengurusan sekolah yakin bahawa anda seorang pendidik yang berkebolehan dan berdedikasi.

Kedua, KT bukan perkara baru atau ilmu baru yang terasing dalam bidang pendidikan. Kalau diimbas KT adalah sebahagian daripada kurikulum di IPG atau IPT tempat kita menimba ilmu.

Ketiga, banyak yang menganggap KT adalah satu kajian yang berat dan penuh dengan analisis data. Sebenarnya KT direka sedemikian rupa agar serasi dengan bidang pendidikan. Analisisnya tidak rumit, tetapi hasilnya mampu mengatasi sesuatu permasalahan dalam amalan pedagogi dan seumpamanya.

Keempat, saya percaya, pada mulanya anda akan berasa amat sukar. Rasa sukar ini sebenarnya adalah halangan psiche terhadap istilah atau kata yang berkait dengan "kajian". Namun, sebaik anda memasuki wilayahnya atau memulakan kajian, saya yakin anda akan jatuh cinta kepadanya. Tanggapan awal bahawa KT itu sukar sebenarnya SALAH.

Kelima, tanpa admin sedari link-link yang ada untuk didownload telah pun "expired". Terima kasih kepada Cikgu Nurul Husna, SMK Seri Ampang yang memperingatkan saya bahawa link-link itu telah tamat tempohnya. InsyakAllah, akan admin tambah link-link itu dari semasa ke semasa. Pautan-pautan yang ada itu telah pun admin update.

Akhirnya, saya bagi pihak PPD Kota Setar mengalu-alukan cikgu-cikgu kerana sudi menjadi sebahagian daripada komuniti pengamal KT.

p.s; posting akan datang, akan diupdate nama guru-guru yang telah menghantar proposal, dan sekiranya masa terluang, admin akan cuba publish proposal yang sesuai untuk panduan rakan-rakan pengkaji yang lain.

Simpang 4, AS.

No comments:

Post a Comment