25 May, 2011

Mula Menerima Proposal

Salam dan selamat bersua semula.

Terima kasih kepada pengamal-pengamal KT yang sentiasa bersedia berhadapan dengan cabaran dalam bidang pendidikan, Alhamdulillah, kami mula menerima proposal daripada guru-guru yang akan menjalankan kajian di sekolah masing-masing. Terima kasih daun keladi.

Kepada guru-guru yang telah dipilih oleh pihak sekolah untuk melaksanakan KT di sekolah masing, cikgu-cikgu boleh menghantar / email proposal kepada admin bila2 masa.

Sama ada guru sekalian telah menghantar proposal atau belum, cikgu-cikgu sekarang perlu memasuki fasa seterusnya iaitu melaksanakan kajian di sekolah masing-masing.Ini bermaksud cikgu-cikgu perlu melaksanakan langkah-langkah atau tindakan yang cikgu rancang dalam proposal cikgu-cikgu yang cikgu yakin dapat mengatasi permasalahan / fokus kajian cikgu-cikgu.

Perlu cikgu-cikgu maklum bahawa kemungkinan langkah-langkah yang dirancang untuk dilaksanakan tetapi apabila dilaksanakan dalam keadaan sebenar, tidak dapat mengatasi masalah tersebut, dan cikgu rasa langkah itu perlu diubah suai atau digantikan dengan langkah lain, cikgu boleh berbuat demikian. Inilah keistimewaan KT yang tiada dalam kajian saintifik.

Kami berharap fokus yang cikgu pilih adalah fokus yang kecil, yang tempoh pelaksanaannya dalam kelas tidak melebihi dua bulan.

Oleh sebab blog ini dikendalikan secara suka rela maka blog ini tidak dapat diupdate secara berkala. Namun begitu, kami / admin akan cuba untuk update dengan memasukkan bahan panduan untuk melaksanakan kajian dan contoh dokumentasi kajian tindakan.

Jika ada kemusykilan, cikgu-cikgu boleh menghubungi fasilitator yang tersenarai dalam blog tersebut,

Sekian. Wasallam.

Simpang 4, AS

No comments:

Post a Comment