17 July, 2010

Fasilitator Yang Dapat Dihubungi

Salam.

Jika cikgu-cikgu mempunyai masalah atau kemusykilan tentang cara mendokumentasikan atau menulis laporan kajian cikgu-cikgu, cikgu-cikgu bolehlah hubungi fasilitator di bawah:

i)   Raudzah Abdullah, 0134514057
ii)  Elina Tan Shariff Tan, 0195785256
iii)  Norila Ismail, 0194570648
iv)  Ruzelan Ismail, 0194313007

Sekian. Wassalam

PENTING: Pelaksanaan Program Satu Sekolah Satu Kajian Tindakan Bagi Negeri Kedah Darul Aman

Salam.

Selamat berjumpa kembali buat penggemar KT dan pengamal KT.

Bagi PPD Kota Setar, pihak Panitia Kajian Tindakan telah pun melaksanakan program seperti di atas. Bagi sekolah-sekolah yang respons dan mengambil bahagian dalam program ini, jika cikgu-cikgu rujuk semula jadual pelaksanaan KT 2010, sepatutnya kajian cikgu-cikgu telah pun selesai, dan mungkin terdapat sebahagiannya hanya pada peringkat menulis laporan.

Merujuk kepada tajuk posting ini, program yang kami nyatakan di atas adalah program daripada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, yang diurus melalui Sektor Pengurusan Akademik. Saya percaya, semua sekolah telah pun mengambil maklum surat tersebut. Surat ini akan saya sertakan di bawah.

Bagi sekolah-sekolah yang menyertai program KT PPD Kota Setar, pihak sekolah yang terlibat tidak perlu meminta guru yang lain untuk membuat kajian, memadai kajian yang dibuat oleh guru-guru yang menyertai program peringkat PPD. Guru-guru ini hanya perlu menyelesaikan kajian mereka dan mendokumentasikan dan hantar 1 salinan untuk PPD dan 1 salinan untuk JPN.

Insyak Allah, dalam masa terdekat ini kami akan publishkan contoh satu kajian yang lengkap sebagai panduan untuk cikgu-cikgu mendokumentasikan kajian cikgu.

Sebagai panduan awal bagi cikgu-cikgu menulis laporan atau mendokumentasikan kajian, di bawah saya sertakan panduan berikut:

Sekian. Wassalam.

24 April, 2010

Tahniah dan Terima Kasih Kepada Sekolah-Sekolah yang Menyertai Komuniti Pengamal KT Kota Setar

Salam.

Rakaman khusus kepada pihak pengurusan sekolah-sekolah berikut kerana sanggup terlibat dalam komuniti pengamal Kajian Tindakan PPD Kota Setar. Sekolah-sekolah berikut  ialah:

1.  SK Seri Pantai (seorang pengkaji)
2.  SK Haji Abdullah Sadun ( 3 orang pengkaji - tahniah!)
3.  SK Bukit Payong (seorang pengkaji)
4.  SMK Pokok Sena ( 4 orang pengkaji - tahniah!)
5.  SMK Pokok Sena ( 3 orang pengkaji - tahniah!)
6.  SMK Tunku Sofiah ( seorang pengkaji)

Kami amat mengharapkan pihak pengurusan sekolah dapat memberi kerjasama erat kepada pengkaji dalam proses menyiapkan kajian mereka.

Sekian.

Kertas Cadangan Kajian Tindakan SKJC Pei Shih

Salam Sejahtera.

Terima kasih dan tahniah kepada cikgu Li Li Chew kerana telah menyiapkan proposalnya. Fokus kajian cikgu menarik, dan saya harap cikgu telah pun memulakan tindakan.

Jika diizinkan, saya akan publishkan proposal cikgu untuk tatapan dan panduan rakan-rakan yang lain.

Sekian.

Untuk Puan Mariani, SMK Alor Janggus

Salam.

Saya berharap puan sedang menyiapkan proposal. Jika proposal itu telah lengkap, bolehlah email kepada saya. Dan, jangan lupa untuk memulakan kajian.

Sekian.

Kepada Puan Puziah Abdullah

Salam.

Kepada Puan Puziah, kami AJK Kajian Tindakan Daerah Kota Setar amat berharap agar puan menyertai komuniti pengamal KT Kota Setar dengan cara menghasilkan satu kajian pada tahun ini. Dan, puan boleh menghantar proposal pada bila-bila masa.

Sekian.

MAKLUMAN: Tundaan Tarikh Akhir Penghantaran Proposal (31 APRIL 2010)

Salam.

Surat siaran Pelaksanaan Kajian Tindakan 2010 dimasukkan agak lewat ke dalam Portal PPD, kerana itu semua sekolah yang terlibat menerima surat tersebut agak lewat, sedangkan tarikh akhir penghantaran proposal dalam surat tersebut ialah pada 9 April 2010.

Oleh itu, tarikh akhir penghantaran proposal sama ada ke PPD (dalam bentuk hardcopy) atau softcopy ke email (fazrulattar@gmail.com) ditunda ke tarikh 31 April 2010.

Sila rujuk Jadual Pelaksanaan Kajian.

Kepada guru-guru yang berminat, anda masih boleh mengemail proposal tersebut selepas tarikh tersebut jika anda menghadapi kekangan masa. Namun pastikan anda telah pun memulakan kajian. Maksudnya, sambil anda menjalankan kajian, anda menyiapkan proposal (walaupun ringkas), dan apabila siap, emailkan kepada admin.

Sekian. Harap maklum.

08 April, 2010

TAHNIAH KERANA ANDA TERPILIH

Salam.

Saya bagi pihak PPD, Pengerusi dan Jawatankuasa Kajian Tindakan Kota Setar (JKTKS) mengucapkan TAHNIAH kerana sekolah tuan/puan telah memilih tuan/puan dan diberi kepercayaan sebagai peserta/pengkaji untuk menghasilkan satu kajian tindakan pada tahun ini.

Sesungguhnya, tuan/puan dipilih kerana tuan/puan mampu dan berkebolehan.

Kepada para pengkaji yang terpilih, sila rujuk jadual pelaksanaan kajian untuk memulakan penulisan proposal.


Sekian. Sekali lagi diucapkan TAHNIAH!

17 March, 2010

Pembuka Kata

Salam.

Kepada penyinggah yang sudi,
blog ini didedikasikan kepada pendidik sejati.

Kita boleh berkongsi idea, berkongsi pengalaman, suka dan duka dalam arena pendidikan.