24 April, 2010

MAKLUMAN: Tundaan Tarikh Akhir Penghantaran Proposal (31 APRIL 2010)

Salam.

Surat siaran Pelaksanaan Kajian Tindakan 2010 dimasukkan agak lewat ke dalam Portal PPD, kerana itu semua sekolah yang terlibat menerima surat tersebut agak lewat, sedangkan tarikh akhir penghantaran proposal dalam surat tersebut ialah pada 9 April 2010.

Oleh itu, tarikh akhir penghantaran proposal sama ada ke PPD (dalam bentuk hardcopy) atau softcopy ke email (fazrulattar@gmail.com) ditunda ke tarikh 31 April 2010.

Sila rujuk Jadual Pelaksanaan Kajian.

Kepada guru-guru yang berminat, anda masih boleh mengemail proposal tersebut selepas tarikh tersebut jika anda menghadapi kekangan masa. Namun pastikan anda telah pun memulakan kajian. Maksudnya, sambil anda menjalankan kajian, anda menyiapkan proposal (walaupun ringkas), dan apabila siap, emailkan kepada admin.

Sekian. Harap maklum.

No comments:

Post a Comment