27 July, 2011

Penghantaran Laporan Kajian Tindakan 2011

Salam.

Tahniah kami ucapkan kepada guru-guru yang telah menghasilkan proposal dan walaupun berhadapan dengan kekangan-kekangan tertentu tetapi masih sanggup menyiapkan kajian dan seterusnya menyiapkan pendokumentasiannya.

Maaf kerana admin agak terlewat untuk mengupdate blog ini terutama memberi panduan dalam proses pendokumentasian kajian. Namun, mengingatkan hampir setiap sekolah sama ada sekolah rendah mahu pun sekolah rendah telah ada guru-guru yang telah mendapat pendedahan tentang Kajian Tindakan, pengkaji KT seharusnya dapat meminta bantuan guru-guru tersebut dalam usaha menyiapkan pendokumentasian kajian mereka.

Posting kali admin menyediakan contoh laporan kajian yang terdiri daripada abstrak, laporan, isi kandungan dan kulit depan laporan. Contoh cara menulis abstrak kajian juga ada disertakan. Contoh-contoh dapat guru-guru download pada seksyen download blog ini.

Seboleh-bolehnya, untuk memudahkan admin menyemak, mencetak, dan menyusun setiap laporan yang guru-guru emailkan kepada admin, hendaklah laporan dipecahkan kepada tiga fail:

a)   Fail 1: Kulit dan isi kandungan
b)   Fail 2: Abstraks
c)   Fail 3:  Laporan dan lampiran (sekiranya ada)

Maaf juga dipohon kerana banyak guru yang emailkan proposal kepada admin kerana admin tidak berkesempatan untuk reply email guru-guru sebagai tanda terima.

InsyakAllah, jika berkesempatan, admin akan cuba untuk menyenaraikan nama guru-guru yang telah menghantar proposal dan juga yang telah mengemail laporan kepada admin. Senarai tersebut akan kami gunakan untuk mengepos sijil-sijil penghargaan kepada guru-guru yang bersusah payah menyiapkan kajiannya.

Akhirnya, admin telah pun mulai menerima laporan-laporan kajian melalui email. Admin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengkaji-pengkaji yang telah mengemail laporan kajian mereka. Mengikut Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan 2011, laporan-laporan yang telah siap perlu diemail selewat-lewatnya pada 25 Julai 2011. Namun begitu, kepada pengkaji-pengkaji yang masih dalam proses menyiapkan kajian, bolehlah mengemail laporan yang telah siap selewat-lewatnya pada 19 Ogos 2011 (khamis).

Jika ada apa-apa kemusykilan, guru-guru terlibat bolehlah menghubungi fasilitator dan admin sendiri.

Sekian dan harap maklum.

Admin.
(0194313007)

No comments:

Post a Comment